Ketika blogpost ini sedang ditaip... kebanyakkan radio tempatan milik kerajaan menerusi Jabatan Penyiaran Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) hanya di peringkat negeri sahaja.
Tidak seperti di negara jiran kita iaitu Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI)... Malaysia tidak mempunyai stesen radio awam tempatan di peringkat daerah, daerah kecil dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Indonesia bukan sahaja mempunyai stesen televisyen awam di peringkat nasional tapi bahkan jua terdapat stesyen televisyen awam di setiap provinsi (wilayah) yang dikendalikan oleh Televisi Republik Indonesia (TVRI) manakala di peringkat kabupaten (daerah) / kota (bandar/bandaraya) pula terdapat stesen radio awam tempatan yang dikendalikan oleh Radio Republik Indonesia (RRI).
Dalam menpertingkatkan lagi usaha penyampaian wadah aspirasi serta dasar kerajaan kepada rakyat, menyampaikan maklumat berita tempatan kepada rakyat, memelihara/memupuk/mengembangkan lagi seni kebudayaan tempatan... pada pandangan pengarang blog ini... sudah tiba masanya Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan mewujudkan stesyen televisyen awam tempatan di setiap negeri dan stesyen radio awam tempatan di setiap daerah, daerah kecil dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan daerah yang teramai populasi di Malaysia dan bahkan populasi daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyamai populasi kebanyakkan negeri di Semenanjung Malaysia. Mukim-mukim yang terdapat di dalam daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mempunyai populasi yang menyamai kebanyakkan daerah di Semenanjung Malaysia.
Dan oleh kerana itu jualah... pada pandangan pengarang blog ini... mukim-mukim yang terdapat di dalam daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berpotensi untuk mempunyai sekurangnya satu stesen radio RTM tempatan sendiri suatu hari nanti pada masa akan datang.
Berikut ialah senarai stesen-stesen radio RTM yang berpotensi untuk diwujudkan di setiap mukim di dalam daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...
~ Radio Bukit Bintang FM (Mukim Bandaraya Kuala Lumpur).
~ Radio Damansara FM (Mukim Kuala Lumpur. Mukim Bandaraya Kuala Lumpur dan Mukim Kuala Lumpur merupakan dua mukim yang berbeza).
~ Radio Taman Keramat FM (Mukim Ampang).
~ Radio Cheras FM (Mukim Cheras).
~ Radio Sri Petaling FM atau Radio Bukit Jalil FM (Mukim Petaling).
~ Radio Wangsa Maju FM (Mukim Ulu Kelang).
~ Radio Kepong FM (Mukim Batu).
~ Radio Sentul FM (Mukim Setapak).
Apa pun... pengarang blog ini berharap perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.
#MegalopolisKL #KL #KualaLumpur #LembahKlang #LK #KlangValley #KV #WilayahPersekutuan #WP #FT #BB #BukitBintang #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI